harap korang ceria selalu...
hari ni niqi nak ceritakan sedekit pasal negeri niqi iaitu negeri kelantan...jom kita baca sama2 ^^
Kelantan Darul Naim (Jawi: كلنتن دار النعيم, Loghat Kelantan: Klatè) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.
Kelantan Darul Naim terdiri daripada 10 jajahan iaitu :-
- Jajahan Kota Bharu (كوتا بارو)
- Jajahan Pasir Mas (ڤاسير مس)<---SINILA NIQI TINGGAL ^^
- Jajahan Tumpat (تومڤ)
- Pasir Puteh (ڤاسير ڤوتيه)
- Jajahan Bachok (باچوق)
- Jajahan Kuala Krai (كوالا كراي)
- Jajahan Machang (ماچڠ)
- Jajahan Tanah Merah (تانه ميره)
- Jajahan Jeli (جيلي)
- Jajahan Gua Musang (ڬوا موسڠ)
- Jajahan Kecil Lojing
Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas,Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.
BAHASA DI KELANTAN
Penduduk di Kelantan kebanyakan menggunakan bahasa Melayu Kelantan, bahasa ini merupakan loghat dari bahasa Melayu piawai. Bahasa ini berbeza dengan bahasa Melayu Terengganu tetapi digunakan sehingga di Besut dan Setiu, Terengganu.
okkla kalu nak info tentang bola sepak kelantan dengan lebih lanjut bolehla klik sini
niqi dah penat dah...apakata korang pergi ambik air untuk niqi...babai (^_^)
1 Orang Glammor:
Catat Ulasan