-->
Love Choki

DOA UNTUK IBU BAPA


hai...selang satu minit 
niqi dah update status baru tapi niqi ada terbaca
satu status nih kat fb niqi..
tajuknya doa untuk ibubapa
jadi niqi nak share kat korang semua nih yang sayang
kat ibubapa...
ada orang tak sayangkan ibubapa mereka ke??
sila angkat tangan....gurau jer..
hehehe..
JOM KITA BACA SAMA-SAMA

DOA UNTUK KEDUA IBUBAPA
klik untuk tunbesaran maksimum
Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...



*niqi dah nak nangis T_T

korang suka entry nih??tekan button like :)

idea menaip Niqi 0 Orang Glammor
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

KELEBIHAN SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN




mood:niqi tngh heppy ^^
hai,hello,holla dah lama niqi tak update status
nih...apa khabar korang semua yang cute2 nih...
semakin comel ke???...okk kita straight to the point...
ari nih,saat nih,ketika ini.....pada waktu ini
niqi nak cerita tentang

KELEBIHAN SURAH-SURAH AL-QURAN

niqi nak tanya korang 
setiap malam baca x al-quran??
mesti bacakan....ustazah niqi beitahu
jika sehari kita tidak mengaji al-quran
maka al-quran akan lari dari kita
selama 1 minggu...bayangkan la!!
okk kita fokus kat tajuk kita..
 
antara surah2 yang mempunyai 
kelebihan ialah

Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
 ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

                                                             banyakkan?apa tunggu lagi
                                                        jom kita amalkan membaca al-quran
                                                     semoga kita diberkati oleh ALLAH SWT...
                                                                         AMIN..
                                                  
                                                                                                


korang suka entry nih??tekan button like :)

idea menaip Niqi 0 Orang Glammor
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Langgan: Catatan (Atom)

Tinggalkan Jejak Anda Di.....

Small Cute Hot Pink Pointer

Pada Suatu Hari

  • ►  2013 (3)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Jun (1)
  • ▼  2012 (22)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (5)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  April (5)
    • ▼  Mac (2)
      • DOA UNTUK IBU BAPA
      • KELEBIHAN SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2011 (1)
    • ►  Disember (1)

SAYANG KORANG!!

Dikuasakan oleh Blogger.